Portal

August 11th, 2008

Salam
Bro nak khabarkan satu berita baik bagi sesiapa jua hendaknya terutama skot-skot yang terlibat samada secara sedar ataupun tidak didalam keusahawanan. Tak kira apa bidang yang diusahakan asalkan yang halal anda skot dipersilakan merebut peluang ini.
Apa dia?
Ok bro nak cerita detail ni. Pada 17 Ogos 2008 ni, satu pelancaran menggenai memiliki portal atau website akan dilancarkan dengan rasminya. Portal ini ditawarkan dengan harga yang terlampau murah tetapi menggunakan system sistem terkini yang satu-satunya seumpamanya buat masa sekarang. Ini bukan nak up atau nak promote berlebihan. Sistem ini telah mendapat pengiktirafan dari ADVANCED INFORMATION TECHNLOGY INSTITUTE (AITI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Sistem portal/website ini diiktiraf sebagai satu Sistem Portal DIY yang mesra pengguna seumpamanya didunia.
Apa yang hebat sangat tentang Portal ini?
Ini servis didalam pakej yang ditawarkan
1.Domain - subdomain tetapi anda oleh mengunakan domain seperti .com, .biz, .org, .net atau .my tetapi dengan sedikit bayaran. Pendapat bro subdomain dia pun dah sedap. cth www.skot.myportal.my.
2.Hosting - 1G (banyak tu blog ni pun cuma 150mb jer)
3.Bandwidth - unmetered (blog ni cuma 7G jer..alahai)
4.Pages - 5 pages ( fuh banyak tu..standard…not bad)
5.Email- 1 jer cukup laaa…
6.Harga - Cuma RM50/year ( perghh…harga bunuh tauke nih!!!)
Jadi apa kelebihan memiliki portal ni?
Sebenarnya untuk pengetahuan skot semua, pakej yang ditawarkan ini memang cukup-cukup murah. Kalau skot tak percaya sila buat perbandingan dengan mana-mana pakej dari designer webmaster. Bandingkan servis yang ditawarkan dengan servis yang bro katakan ini. Pasti skot tidak akan jumpa dimana-mana. Galenti woo!
Bro nak ingatkan bahawa pakej yang ditawarkan ni adalah pakej website bercirikan portal. Portal maknanya website yang kita bina mempunyai ciri seperti interaktif, boleh memuatkan video, flash,montaj,galeri multimedia dll yang seumpamanya.Jadi kalau skot guna pakej ni maknanya website skot diklasifikasikan sebagai sebuah portal la…kan best macam tu.
11 sebab kenapa bro syorkan pakej ini.
1. sistem portal DIY mesra pengguna pertama didunia ( ada fakta bukan auta )
2.Paling mudah, paling jimat dan paling berkesan.
3.Tidak memerlukan pengetahuan teknikal yang tinggi (cukup sekadar anda tahu mengunakan MS Office word )
4.Laman web yang bercirikan portal menggunakan teknologi terkini.
5.Teknikal support 24H/7day/365day.
6.Memenuhi keperluan pengguna internet.
7.sistem yang beroperai secara online tanpa menggunakan perisian tambahan.
9.Boleh diakses dimana-mana saja selagi ada servis internet.
10.Paling mudah untuk diselenggara dan mengemaskini website anda.( skot upah maintenance website 1 page paling murah 70-100 RM tau)
11.Jaminan prestasi dan security yang terbaik.
Lagi apa mau tau?
Comfirm dari penyedia servis ini menyatakan dalam masa 2 jam pembelajaran anda pasti mahir menggunakanya.
Mau tau apa lagi?
Harga kaaa…cuma RM50 saja maaa.
Skot tau kaaa
Kelebihan mempunyai website lebih-lebih lagi yang bercirikan portal. Kalau yang ada business bisness fuhhh! baru nampak professional. Dan bisness anda boleh diketahui dimana jua didalam dunia ini.Juga merupakan salah satu kaedah pengiklanan yang pasti murah dan mudah. Fakta satu kes, baru-baru ini satu company yang berurusan jualbeli spart part dioversea telah kalut apabila suppliernya disana telah menolak applycation mereka gara-gara tidak memiliki website company. Tengok dah jadi macam ni barulah kalut cari sana sini tetapi syukur ada servis macam pakej ni dengan selamba mereka menyiapkan sebuah portal company dalam masa tak sampai seminggu. Skot nak jadi macam tu ke? Jangan skot malu…bisness juta-juta tapi website company pun tak ada. Ape ke heaay nye tu?
Banyak kelebihan dengan memiliki website ni…malas bro nak type tapi insyallah kalau tak der hal nanti bro tulis lagi kelebihan memiliki website ni.
Jadi akhir kata sebelum bro keluar baris…kalau ada skot yang berminat untuk memiliki pakej ni, contact bro nanti bro akan uruskan segalanya. Ada faham…..keluarrrr baris!

pesanbro: bro dah cuba sistem ni, memang best dan cool kalau tak caya skot tengok kat Malaysia Exclusive Advertising Portal dimana portal ini menggunakan sistem dari pakej Super yang berharga RM499.

pesanbrolagi: Skot Sukeri Shahbudin + skot Ishak + Skot Man Jawa + skot Budin + Skot Azam + Skot Naim + Skot Zuraidi + skot safik dan skot-skot yang memiliki bisness inilah masa untuk mendapatkan satu website dengan harga yang paling murah kemungkinan bakal habis disebabkan kuota yang tak banyak dikeluarkan.

Takziah

August 11th, 2008

Salam
Pertama sekali bro ucapkan TAKZIAH kepada skot ZABIDI diatas pemergian bonda tercintanya pada minggu lepas. Semoga roh allahyarhamah berada dikalangan orang-orang yang dikasihi NYA. Amin.

~..~..~

Taniah Skot

July 3rd, 2008

pangkat01.jpgSalam
Bro ada satu perkhabaran gembira buat tatapan skot semua. Dengaq sini semua sekali…bahawasanya skot kita merangkap bendahari persatuan iaitu skot Mat Noor @ En.Mat Noor telah dinaikkan pangkat dari PW 2 kepada PW 1 tempohari. Fuyoo! Mark one…TANIAH skot semoga skot lebih cemerlang lagi dimasa hadapan. Lepaih mark one dia pi lompat kat atas bahu la pulak. Lagi cantek skot biaq ramai sikit intake 23 yang jadi pegawai ( pagaq dawai ) kurang-kurang skot-skot yang lain tumpang gumbiraa. Bangga bro sebab baru servis nak masuk 16 tahun dah pakai mark one satu pencapaian yang harus dibanggakan..tak gitu skot-skot semua. Apa pun TANIAH bro ucapkan dan untuk jamuan ucap selamat tu nanti kita organize..buat kat mana pun takpa.

pesanbro: untuk peringatan skot-skot semua kalau ada skot kita yang pakai pangkat tu tolong la halo kat bro..bole bro war-warkan dalam blog ni…bro tau ni pun melalui Pak Non SP…kalau tidak mampuih tak tau. Tolong yer skot!

pesanbro lagi: Macam skot sani cukup baguih..apa-apa hal yang dia tau dia mesti halo bro bagitau…macam ni baru la best..baru kita tau perkembangan skot-skot intake 23.

pesanbrosekalilagi: TANIAH juga buat Skot Suhairi Majid yang telah berjaya mendapat segulung Diploma dengan cemerlangnya. Skot kita ni baru habis study kat Politeknik (POLIMAS). Yang paling syoknye dia dipostingkan dekat-dekat kampung dia kat 6 WKSP. Syok la hang skot balik kampung. Apa pun TANIAH skot.
['',]

Midnite blues part 1

July 2nd, 2008

Salam

Ni post mengenai satu pertemuan yang telah diorganizekan oleh Kapten Adnan Omar yang kini bakal dipostingkan ke kawasan Perlis Indera Kayangan…Syok la hang skot posting kat kampung…bole jual beras siam banyak-banyak..Selain daripada Kapt Adnan a.k.a Pak Nan ada seorang lagi skot yang bertaraf pegawai iaitu Mejar Hisham a.k.a Sham Kagat. Mejar Hisham ni sekarang bertugas di Kuching sebagai OC di salah satu pasukan RAMD disana..Sori la skot unit dia terlupa la..berapa Melayu..tapi area Kuching la.
Malam perjumpaan tu hanya di sebuah restoren tom yam di Setia Wangsa. Menurut Kapt Adnan a.k.a Pak Nan tak payah kita pi jauh-jauh nanti depa cari tak jumpa…cehh! tu cuma alasan nak save bajet dia je..ikutkan hati,bro nak bawa jer pi restoren nelayan kat titiwangsa tu biaq dia kena sembelih sikit..ni kat kedai tom yam apa kelasss…tapi nak buat macamana dia pegawai ( pagaq dawai ) so bro terpaksalah mengikut arahan dia..kan askar diajar ikut arahan..keh.keh..kehh
Skot nak tau ke bukannya Kapt Adnan yang bayaq makan semua…tapi Mejar Hisham a.k.a Sham Kagat yang settle..ciss!! kata Kapt Adnan kalau aku tau dia yang bayaq aku ikut cakap hang pi restoren nelayan..he..he..tengok tu skot intake 23..punya la loqlaq…
Ok ni ada beberapa pic yang sempat bro snap semasa perjumpaan tersebut. Tengok la

pic-paknan01.jpg

Kapt Adnan a.ka Pak Nan control hensem
sebenarnya tengah kira berapa nak kena bayaq kejap lagi…

pic-shamkagat01.jpg

Mejar Hisham a.k.a Sham Kagat yang bercita-cita nak jadi PTD pada
tahun 2020 nanti..mujoq skot semua dah pencen..

pic-riduan01.jpg

Haa nila skot lama kita..App Riduan kompeni A
Sekarang dia keje kat Hotel Hilton

pic-jaws01.jpg

Lupa nak habaq si Jaws pun ada malam tu
tengok tu dia yang ajaq bro cara hisap menatang tu..

pic-paknon01.jpg

Pak Non Sp pun ada..dia kalau takada nak kena laa..
malam tu menatang yang dia hisap tu..dia sendiri
yang sponsor…mula kapt Adnan tak bagi beli
sebab membahayakan kesihatan…tapi bila dengaq
Pak Non SP yang sponsor terus bole beli dah tak
berapa membahayakan kesihatan kata dia…ceh!
semua tu auta..ha..ha..

pic-bropenat.jpg

Akhirnya selepas makan-makan nilah jadinya…terlentang
kekeyangan…sedap sungguh makan yang ditaja oleh Mejar Hisaham..
sebab apa sebab maka free…kalau tong-tong mungkin tak bersandar macam ni he..he..

pesanbro : setiap perjumpaan tu bukannya nak sembelih skot…ha..ha…tapi kalau dah berpangkat kapt ke atas tu.. sendiri mau ingat le…takkan Kpl nak bayaq kot..pinjam kata-kata si Zaki ['',]

pesanbro lagi: majulah blog budak afats untuk semua!

Majlis Tahlil Untuk Arwah App Mohd Indera

July 2nd, 2008

Salam
Post ni sebenarnya dah lama bro nak paparkan tapi disebabkan blog ni bersaiz kecik tu yang terpaksa bro wait turn by turn tu. Post kali ni bro paparkan beberapa keping snap yang sempat bro ambik semasa majlis tahlil untuk arwah skot kita iaitu Arwah App Mohd Indera bin Mohammad yang telah diadakan di Surau Taman Intan Perdana, Port Dickson. Maaflah tarikh bro tak ingat berapa haribulan tapi kalau tak silap dalam bulan april gitu-gitu la. Kalau silap tolong perbetul ye skot! Jangan mara aaa! Yang bestnye pada malam tahlil tersebut ..haaa! beberapa orang skot kita yang tak pernah hadir dalam aktiviti pertemuan telah datang..antaranya App Mahzan dan App Che Rahim. Kalau skot tak percaya bole tengok pic yang bro snap ni. Sebelum terlupa majlis ini telah diuruskan oleh bendahari kelab iaitu App En. Mat Noor dan semua skot-skot disekitar PD. Waaa! terima kasih skot organize memang mantap. Makan pun sedap.Ok tengok la gambaq-gambaq skot kita ni.

tahlil01.jpg

Tengok tu bendahari kelab tengah khusyuk berzikir

tahlil02.jpg

Macam biasa bab makan…jangan tolak beb…bab keje itu lain cerita

tahlil03.jpg

Nampak tu Cik Zabidi sampai terlompat sebab kalut nak
bagi skot-skot yang datang dari jauh makan dulu ..

pic-aruah01.jpg

Ni masa dengaq chong sesama skot..diketuai oleh Cik Zabidi jugak

pic-aruah03.jpg

Yang baju hijau tu la App Mahzan

pic-aruah04.jpg

Haa nila Che Rahim…tengah chong dengan Major Amran

pic-aruah05.jpg

App Samsul pun datang jugak..jauh tu dari JB

pic-aruah06.jpg

Haa..ni la skot yang paling bro respek..paling ringan tulang
masa first reunion dulu pun dia macam tu…kagum
bro dgn skot kita ni..App Hazli dengan anak daro dio

pic-aruah02.jpg

Masa ni semua perut dah penuh…aktiviti seterusnya
ialah chong sampai tok siak surau suruh padam dan tutup
pintu surau masa sendiri…faham le skot tok siak pun dah
tak larat nak tunggu skot semua yang dok syok menggechong..he..he.

Akhir sekali aktiviti yang paling last ialah menyambung bersembang disebuah restoren dibatu 6 sampai ke pagi. Bro dengan Mahzan balik ke KL lebih kurang jam pukul 2.30 pagi berkonvoi bersama Che Rahim yang balik ke Bangi. Itulah serba sedikit tentang majlis arwah tempoh hari. wassalam

pesanbro : agak-agak bila la nak buat perjumpaan kecik-keciklan dikawasan tengah ni skott…
['',]

Taniah Sam ( Sam Boleh!)

May 14th, 2008

ucaptaniah01.jpgSalam
Haaaa! 4 Mei 2008 yang lepaih bro ada terima satu call dari Skot Sani. Ingatkan ada apa rupanya dia menyampaikan satu berita baikkkkk!
Taniah untuk skot SAMSUDDIN a.k.a Sam kerana telah dikurniakan cahayamata pertama..baby girl. WOW! sapa cakap Sam tak pandai…ha.ha..ha
Ok skot TANIAH semoga dimurahkan rezeki.

pesanbro : Peringatan untuk list orang bujang …hampa bila lagi…

::KISAH GENIUS MATEMATIK DISINI::

Congratulation Skot!

May 14th, 2008

ucaptaniah01.jpgSalam
Congratulation To Ong Teng Leong!!
Pada 3 Mei 2008 yang lepas skot kita ni telah selamat diijabkabulkan…Haa dah kurang list skot-skot yang masih solo. Selamat dan Taniah Ong semoga your life ada ong maaa..
chowchinchowww.. :)

pesanbro: Hari tu bro ada call Ong..dia cakap dia ada jemput skot utk datang tapi semuanya sibok so susah ler dia nak setup berapa ramai yg nak datang maklumlah dia buat kat hotel maaa…tochea tochea tochea…sebab ingat skot-skot lagi..
pesanbrolagi : biasa la PERINGATAN untuk skot-skot yang masih solo..haaa bila lagiii…dah dekat nak pencen dahh woiii…kalau tak dak calon cakap lerr bole bro announce kat blog ni..he..he..he!

Taniah Skot- SJN SUKERI TAJUDIN (6 WKSP BGD )

April 6th, 2008

ucaptaniah01.jpgsalam
Bro nak ucapkan taniah kepada 535738 SJN SUKERI BIN TAJUDIN dari 6 WKSP BGD diatas pemakaian pangkat SARJAN pada 1 April 2008 yang lalu. Taniah SKOT!!!. Skot kita ni juga merupakan salah seorang PRO Kawasan Utara. Ok skot bro ucapkan taniah semoga skot lebih cemerlang lagi didalam perkhidmatan. Pangkat adalah satu amanat dan tanggungjawab jadi tunaikan amanat sebaik mungkin dan pikullah tanggungjawab dengan seadil-adilnya sebab disana nanti kita akan disoal kembali tanggungjawab tersebut…

pesanbro : Suhairi yang send sms kat bro tentang SJN Sukeri ni… so Kri hang pakai senyap-senyap nooo…jaga hang jumpa kat SP nanti aku akan pau hang. he..he..

Skot

March 31st, 2008

kamarul-skot-auta.jpgSalam
Syukur kita dah dapat kesan salah seorang skot iaitu Kamaruzaman bin Jamaludin. Rupanya skot kita ni dah join PDRM..waaa ok la tu… sekarang tinggal di Triang, Pahang. Dah pun berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata. So yang tak dapat dikesan sekarang Mohd Syukur Saad, Syazlan yang lain-lain tu dah dapat cuma belum bole contact jer…apa pun bro ucapkan welcome back kepada Kamaruzaman sebab masih ingat lagi Intake 23.

pesanbro : Mehhh kita join Family Day kat KL april ni skot…more info please contact Jaws or Pak Non SP.

Meeting Dalang-Dalang Peringkat Tertinggi Part 2

March 31st, 2008

Salam
Skot korang ada terima sms macam ni tak …”a’kum skot Lembah Klang. Jangan lupa mlm ni jam 9 pm”..ni sms yang kedua yang pertama berbunyi macam ni…”info.prjumpn skot area KL & sekitar pd 28/3 (ju) jam 9pm di w/Bintara Kementa Pdg Tmbk utk bincng Family Day.Contact Jaws 017-2522418 @ paknon 012-6743382″…
Rasanya kalau skot yang berada di Area Klang Valley dgn Seremban pasti akan dapat sms ni. Yesss!!! Pro/Gro kawasan tengah telah setup satu Family Day berlokasi di Desa Water Park Sg.Besi pada 26 april 2008 ni.Bagus la macam ni aktif… So sesapa yang berminat sila berurusan dengan Jaws a.k.a Haikal ditalian diatas atau pakNon SP a.k.a En. Zainol Ahmad juga ditalian diatas. So kalau sesiapa yang mempunyai kelapangan meh la kita join bersama-sama support AJK Pengelola sebab ada dua tiga skot-skot yang baru kita dapat contact akan turun. Jadi tolong la support. Rasanya bayaran pun tak mahal cuma untuk dewasa RM 37.00 seorang dan kanak-kanak bawah 12 tahun RM30.00..amacam ada berani???..ala skot 26hb dah gaji la…apa salahnya kita mengeratkan lagi persahabatan kita…dengar cerita ada macam-macam aktiviti yang bakal diadakan nanti…so datang jangan tak datang dan daftar serta bayar…EHHHH!!! duit yuran RM70.00 untuk tahun lepas korang semua dah bayar ke belum???…Hah! Jangan buat-buat lupa pulak kewajipan membayar yuran persatuan adalah menjadi tangungjawab setap ahli SO jalankan tangungjawab skot dengan membayar YURAN.Rasanya bendahari kita dah berbuih mulut mengingati YURAN…YURAN dan YURAN..skot kalau yuran korang tak bayar macamana nak support benda-benda yang lain.Jadi jadilah ahli persatuan yang hensem dan mancho dengan membayar yuran persatuan OK.. :P
Sebenarnya malam 28/3 hari tu bro ada datang juga cuma masa diaorang meeting bro tak join sebab…biasa la ada keje sikit :P ..ok kat bawah ni bro sertakan pic skot yang hadir malam tu. Tengok la skot-skot kita yang hensem dan boroi ni… :P

jawspaknon.jpg

Haa…nila anchor untuk FamilyDay kali ni…cuba teka mana satu Jaws??

 

atuk.jpg

Atuk…atuk ni bukan inspection aaa!

murad.jpg

Murad…orang kuat 91wksp..

faizal.jpg

Faizal…pun datang

 

Pesanbro: cehhh!! jeepblack bagi alasan jaga anak, bini tadak kat rumah, pengasuh pula balik kampung…jeepblack ni semua reason zaman P.Ramlee dulu la…Ooo meeting hang bole absent noo…ada orang sms aku hang lepak kat Jln Ampang…betoi ke?? he..he… :P

jep-afats01.jpg

Jeep Black antara pencetus idea semasa Mesyuarat Dalang-Dalang Utama tempohari…malam tu boleh absent…cisss!